Wednesday, 31 October 2012

S.H.E

She is not a perfect girl.really.She had this up-and-down experiences in life..
She try to change herself to fit in the outside society that is different from her
previous environment. She try to do all that  she can do so that others can accept
her. She has been hurt- verbal & non-verbal action.
She is tired of  becoming others joke. victim. really.
She only want to be normal. to be accepted.
In relationship, she is rejected. She don't understand why. But she believe
she can find someone else.The day come, and for years she is with the
gentle guy. Until one day separation comes. She really upset.
Really. Seriously.
But life must go on, whatever challenges that we may face.
Now another guy approach her. She is wondering..
'how if the same experience happen?.'
But she tries. To make the guy happy thus she engage in the
new relationship. Others says it is unrealistic. Unbelieveable.
But  now she follows her heart.Now, there is always a problem
between them. Deep down in her heart she's afraid of losing. Again.
She's crying...wondering why???

Monday, 29 October 2012

IN MY LIFE

Photo

Most of all..I have learned.
Whom shall I fear when there is my LORD GOD as my savior?
HE keeps me strong when I am weak and I have this hope
when I believe in HIM.
I will fear not!..my GOD is bigger than my problems
I face!
Thank You Lord...

Friday, 26 October 2012

Tak pasti apa rasa ini masih padamu
sedang dulu kau telah memberi jarak
memberitahu,
antara kita batasnya adalah 'S.A.H.A.B.A.T.'
tak lebih...

Namun ku terjatuh jua..
payahnya menjaga rasa
kerana kau sentiasa di sisi

Lantas kau mengundur
tika pautan itu
semakin kejap & kukuh
akhirnya aku keseorangan\menghitung waktu yang mendatang

Aku tak tahu
arah hidup ini yang seterusnya
namun aku percaya
ada sinar di hujung jalan


pergilah..jika itu mahumu
kerana..
engkau penentu arah tujumu
sedangkan
aku tetap aku

Hidup ini akan kuteruskan
walau tanpa kau
di sisi...


I really appreciate the people that come in my life. God give them to us
because each and everyone of them has a purpose - to teach, to guide, to hurt and the list goes on and on..

But I cannot forget this very one person that influence me a lot- every aspects of
me- until this is what I am today. I share my problems and this person always try
to help me find the solutions, guide me when I want to make decisions, support
me with positive point of view of life and always encourage me to think of GOD...

One that I cannot understand until now is - he never complaint/give comments about me.
For him..this Malay poem  is his writing..hmm..7 years ago...

"WARKAH BERPUISI PILU"

Teman,
engkau bagai pelangi hidupku
menyinari warna penuh keindahan
tapi indahnya hanya seketika
hilang tak disedari di sudut pandangan

           Teman,
           telah ku cuba ungkapkan semuanya
           namun terlalu sukar bagiku selami
           hanya sehelai warkah sebagai tanda
           biarlah masa menjadi sempadan

Teman,
hatiku sedih bermohonkan maaf
agar dirimu takkan terluka
andainya masih mengingatiku
akulah warkah berpuisi pilu...


Thanks a lot because you give me inspiration to move on-
life is difficult but our hope gives us strength to carry on...


Thursday, 25 October 2012

Fashion for PETITES


What is petite?

> Women with a height of 3 feet 4 inches  and above but under 5'8 tall.

>Petite women should be careful on how you dress up.But as long as you know
  style tips for women, there should be no worry. =)

Here are some TIPS that can be apply:

1. Darkish colours work best - make you look taller.

2. You can try getting your shirt dyed in 2 tones of the same colour.
     > E.g.- Upper half of the shirt in bottle green and the
        lower half as light green.

3. Try also wearing a short length jacket on your shirt when you are wearing jeans.

4. Avoid wearing horizontal line! - Shop for strong vertical lines
   (vertical stripes/pleats/zip- front &  button- front styles.)

5. Try wearing shorter sleeves, v-neck shirts or skinny jeans to make you elongated.

6. Keep the focal point high with eye- catching details. Embroidery, bows, lace
    and ruffles should be near  the face.

7. Use the 'fist rule' - if the pattern is the same size or smaller than your fist, it is right for your frame.

8. Shop for soft, fluid, lightweight fabrics that follow the shape of your  figure.

9. Avoid long attire and skirts - choose dresses & skirts that land right above your knee.

10. Big bags are in. Follow the trend, but keep proportion in mind.
     Your big bag shouldn't look like a suitcase!

Let's see some pics~~









                                                         <YOU CHOOSE>










Tuesday, 23 October 2012

BERUBAH?!



20 tahun sudah berlalu...
Mungkin sudah tiba masanya untuk merubah diri?..mungkin...

Saya sekarang...


Rasa macam mau ubah stail rambut...sebab muka comel (kecil), saya lebih tertarik
dengan Selena Gomez....=)





Uih,macam padan je ni...^_^...tapi tu rambut depan aiya....


Ini bila potong rambut jadi pendek....




Ini pun macam masuk juga....





Macam mana?..nampak  semua jenis potongan rambut dia 'cute'..

Tunggu masa je lah....harap-harap dapat..XD...

~S>E>K>I>A>N~










Sunday, 21 October 2012

K.I.T.A

Seperti awan berarak
lembut, perlahan memayungi sinar
begitulah hadirnya kasihmu
yang bergerak seiring waktu

              Kasihmu tak pudar ditelan masa
              sering ada di sini-di dasar hati
              takkan lenyap, meski kita tak sehaluan..kini

Seringkali masa akan mengubat
patah kan tumbuh, hilang kan berganti
walau tak sama,namun tetap ada

             Sayang...
            maafkan khilafku
            bukan pintaku untuk berpisah
            tapi mungkin bukan ini yang tersurat
           buat kita, tuk bina hidup bersama

Berilah..berilah kasih pada yang berhak
biarkan ia terus merimbun..untuk dia
meski itu antara kau dan dia
tanpa aku di sisimu....
'You will always in my mind'

                 
Lepaskanlah....lepaskan bebas...


Friday, 19 October 2012

Saya Sabahan (II)

Saya Sabahan (II)

Saya ni mcm ni lah...entry pasal Sabahan mungkin  lain sikit,tapi sebagai tanda perkenalan & memperkenalkan  identiti saya..hehe..

Mari kita berkenalan dulu dengan perkataan-perkataan yang jadi kebiasaan (supaya kalau korang tengok post di facebook bolehlah faham maksud,kann.)


  •  Aisbuk- peti sejuk
  • Akun- menyerah/setuju/mengaku
  • Ampai/taruk- letak
  • Ampai-ampai- pengsan/tidak sedar
  • Ampus - lelah/asma
  • Bertagar- berkarat
  • Bida- buruk
  • Bikin- buat
  • Bilang- cakap/berkata [cth: Siapa bilang?= Siapa cakap?]
  • Biut- Senget/tidak lurus
  • Bos- Panggilan [cth: 'Hello bos'= 'Hello kawan/encik/saudara']
  • Bubut- kejar
  • Budu - bodoh
  • Buyuk - Tipu (bermain secara menipu)
  • Kedapatan- diketahui orang (perbuatan/kelakuan)
  • Kemarin- semalam
  • Limpang- baring
  • limpas- lepas (masa), lalu/lintas (seberang),tumpang lalu
  • lugai-lugai- tidak tentu arah
  • Mengkali- barangkali
  • Miring - senget
  • endak/indak/nda-tidak
  • Ngam - sesuai/muat
  • Ngam-ngam - cukup-cukup, kebetulan
  • Simpan- letak [cth: 'ambil barang tu simpan sini' = 'ambil barang tu letak di sini']
  • Siuk- syok/best
  • Tingu - lihat/tengok
  • Uina- digunakan apabila marah pada seseorang [cth: uina,apa ko buat ni!]
  • Senduk - sudu

Naa..pandai sudah?..haha..baguslah.Mari sambung lagi dengan penggunaan '-bah'..Kalau Sabahan mesti tau perkataan istimewa ni..yang lain dipersilakan untuk belajar.

1) Kata Penyudah (menguatkan ekspresi kata)
    Iya bah/yala bah- Iya lah

2) Kata Permulaan
    'Bah,pigilah kamu duluan' - Pergilah kamu dahulu

3) Bermaksud 'sudah'/ Penamat kata. Dalam BM standard bermaksud 'baiklah' atau 'begitulah'
    Bah - baiklah
    Bah2 - Iya2/ok2 (penegasan)

4) Digunakan apabila menegur/menyapa (terutama apabila berselisih dengan orang yang dikenali)
  " Kau belajar di  Sarawak bah,kan?"
  " Bah,apa khabar kau sekarang?"
  "bah,jumpa lagi"

PENYALAHGUNAAN '-BAH'

Ini selalu terjadi  pada mereka yang salah erti perkataan ni/bukan  masyarakat Sabah/hentam keromo guna -bah...

1. " Apa khabar bah?" - (kononnya mau bertanya khabar. Ini tidak betul). 
        "Bah,apa khabar?" - (Baru betul)
2. "Sudah makan ka bah?" - (Pelik...)
       "Bah,sudah kau/ko makan?" - (Baru betul)
3. "Bila balik bah?" (Ini salah)
      "bah,bila kau/ko balik ni?" (Baru betul)

Jadi kalau guna Bahasa Melayu Sabah tu biar betul. Bila salah tiada masalah asal tujuan mahu belajar dan niat baik.Kalau niat buruk tu memanglah sangat-sangat tidak bagus. 




@COPYPASTE&EDITSIKIT@  






Monday, 5 March 2012

Saya Sabahan (I)

Saya Sabahan (I)

Untuk mereka2 yang tanya soalan mcm ni:
~ "Sabah is not Malaysia"
~di sabah angkat ruma ka lau pindah?
~ "wei, korang dtg sini naik aper ek? korang rase.. best x Malaysia? korang still stay kat atas pokok ke? korang msh amal ptg2 kepala org & mkn org ka?"


 Ini soalan orang2 yang kalaupun ada pergi sekolah, tapi tidak baca buku. 
Bagi saya,  memang palui lah, paling senang. <Ada pelajaran, x guna otak.>
Sorry kalau kasar,tapi kalau kena  pd diri sendiri,apa kau rasa..oren??


Mari kita lihat apa sebenarnya Isi Kandungan 20 Perkara yang penting...



Isi kandungan 20 Perkara yang sangat penting adalah:-

PERKARA 1. Sabah tidak mempunyai agama rasmi walaupun Islam menjadi agama rasmi Tanah Melayu.
PERKARA 2. Walaupun Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu namun bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Inggeris tanpa ada had masanya.
PERKARA 3. Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan yang baru di mana Perlembagaan Tanah Melayu tidak boleh digunakan untuk Sabah.

PERKARA 4. Ketua Negeri di Borneo (Sabah & Sarawak) tidak seharusnya layak untuk dipilih semula sebagai Ketua Persekutuan.

PERKARA 5. Nama Persekutuan " Malaysia" tetapi tidak " Melayu Raya". 

PERKARA 6. Imigresen iaitu kawalan keluar masuk orang asing ke negeri Sabah haruslah dibawah kawalan negeri Sabah.

PERKARA 7. Hak pemisahan seharusnya tidak ada untuk menarik diri dari Persekutuan.
PERKARA 8. Pekerja-pekerja di semua jabatan haruslah diambilalih oleh orang-orang Sabah iaitu Borneonisation.

PERKARA 9.Usaha untuk menggalakkan Pegawai British untuk kekal dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang yang berkelayakan dari Borneo (Sabah & Sarawak). 

PERKARA 10. Tentang kewarganegaraan. Cadangan dalam perenggan 148 (K) Laporan Suruhanjaya Cobbold perlu mentabbir hak kerakyatan di dalam Persekutuan Borneo (sabah & Sarawak) tertakluk kepada pindaan berikut:
A) sub-perenggan (i) tidak seharusnya mengandungi proviso sebagai hingga 5 tahun kediaman
B) dalam usaha untuk mengikat undang-undang kami, sub-perenggan (ii) (a) hendaklah dibaca "7 daripada 10 tahun" dan bukannya "8 daripada 10 tahun"
C) sb-perenggan (iii) tidak seharusnya mengandungi apa-apa sekatan yang terikat dengan kewarganegaraan ibubapa- orang yang lahir di Borneo (Sabah & Sarawak) selepas Malaysia mesti menjadi warganegara persekutuan.

PERKARA 11. Pengurusan kewangan dan cukai haruslah dikawal oleh negeri Sabah.
PERKARA 12. Kedudukan bumiputera negeri Sabah haruslah sama tarafnya dengan orang Melayu di Semenanjung.
PERKARA 13. Ketua Negeri ialah Perdana Menteri.

PERKARA 14. Tempoh peralihan seharusnya 7 tahun dan dalam tempoh itu,kuasa perundangan mesti ditinggalkan dengan Negeri Borneo (Sabah & Sarawak) oleh perlembagaan dan tidak boleh semata-mata diserahkan kepada kerajaan Negeri oleh Kerajaan Persekutuan.
PERKARA 15. Sistem pendidikan di Sabah haruslah diteruskan dan di bawah kawalan kerajaan negeri Sabah.
PERKARA 16. Tiada pembaharuan dan penarikan hak Sabah tanpa persetujuan kerajaan negeri Sabah.
PERKARA 17. Wakil Negeri Sabah tidak kurang daripada wakil daripada Singapura. (Semasa Singapura masih dalam Malaysia)
PERKARA 18. Nama Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah adalah Yang DiPertua Negara.

PERKARA 19. Nama Negara ialah Sabah.
PERKARA 20. Tanah dan hutan negeri Sabah haruslah dikawal oleh kerajaan negeri Sabah.

Bayangkan kalau kita jenis yang agresif, apa yang akan berlaku?...adakah kemungkinan  akan tercetusnya perang dalaman?? bahaya sikit provokasi mcm ni..ok.
* Kita bernegeri, berkerajaan... Kita miskin walau hakikatnya kita kaya..kita perlu sedar dari 'tidur'..dan BERUBAH..Itu yang paling penting. Semoga sampai waktunya kita berdiri sama tinggi & duduk sama rendah dengan yang lain.

Sunday, 19 February 2012

Tano Momoros Dusun [Tobilung]

Kombal kou ie kopurimon kegegu waro kopio ginawo dikoyu mangarati do boros dikoyu sondiri?..Iri no topurimananku sera nokorikot oku eti sompogunan. Waro panasalan tokudi tu ie gulu po, amu oku modsisingilo do Tobilung, songkuro pama ogumu tulun momoros Tobilung ie sorilihku.
Biano poh, akakawi dii Tobilungku tu amu kopio obas.Kelo bogia laang. Songkuro pama. Nga osusah monimbar bang mogiboboros kuma meleng..kekum-ikum ka tongo tulun bang olingan boros sondiri.Nasib ie bogia tu amu ie atagak..koli oku nopo lo kampung, naa..iri no di onuon kasampatan monobilung..
Bah, mokiarati kou poingkuro koposion tulun Tobilung?..Intangai pogi ti soriba...

Butod...asadap moti ti..salah luguon, guringon,
onsokon om jodion PUSAS  bang moginum..
bang ombak nopo tulun, naa...akanon nopo amu no
onsokon...kiiihaa

  Tano, porotion tikoyu ta'akanon do tulun Tobilung...
Iti nopo retan do linggong..mantad butod, bang
pokokoyon, iti nobo kojodion do..iti kodo nga asadap
bang akanon ti, sul poh bang luguon...


Iti nopo retan do tuhau..bang Tobilung nopo
tau nunu ti..kegegu geso pongudetan.

Okudi gea tongo gambar eti internet ti..tiinu man kie 'post' tongo gambar don taakanon Tobilung
om nunu nopo ie waro id koposion dagai...koumbal kou ie korongou susunud?bah, tano kinongo..iti kodo nga
koligangan ku ie tokodo oku poh..gisom bianono boh..
[Iri noh gisom do biano..kopiruba kembagu kio...wowosion dikoyu suang do koposion dikoyu..baha..]
 

Friday, 17 February 2012

Langkah Perjalanan Ini

Sudah lama saya berada di negeri orang. Tiba-tiba saya menjadi rindu untuk pulang ke rumah. Malangnya jarak yang jauh menjadi penghalang. Saya kini berada di seberang laut, orang cakap menimba ilmu di perantauan. Saya belajar untuk menjadi seorang pendidik yang bakal  berbakti kepada anak bangsa saya sendiri satu masa kelak.
Sekilas pandangan, memang senang dan menyeronokkan sebenarnya. Kebebasan, yang menjadi buruan orang muda dalam genggaman saya sekarang. Di sini, tiada orang yang mengongkong. Tiada orang yang berleter. Apa yang mau kita buat, buatlah.. bebas memilih. Pokoknya, bebas dari kongkongan orang tua.
Tapi, bagi saya itu bukanlah tiket untuk saya berbuat sesuka hati. Saya datang di tempat ini diiringi  harapan yang tinggi daripada orang tua. 
Masih segar di ingatan saya betapa seksanya saya dan bapa mengharungi perjalanan dari Sabah ke Seremban dengan hanya berbekalkan duit yang sangat sedikit untuk permulaan satu perjuangan yang besar. Boleh cakap kami datang hanya membawa harapan masa tu. Kedaifan keluarga menghalang saya dan bapa untuk datang lebih awal…Itupun duit yang kami bawa tu merupakan duit pinjaman dari ahli keluarga yang lain..juga atas bantuan saudara-mara.Kalau mereka tiada, entahlah.Mungkin hajat untuk menyambung pelajaran sehingga ke Seremban ini tidak akan kesampaian.
Ringkasnya, keluarga saya sangatlah menderita untuk membiayai pengajian saya di sini. Kalau bukan kerana mengingatkan kedatangan saya ke sini cuma menambah hutang yang sudah sedia bertampuk, kalau bukan kerana mengingatkan kedatangan saya atas belas kasihan  saudara mara, kalau bukan mengingatkan kedatangan saya cuma menambah bebanan ibu bapa di rumah, kalau bukan kerana mengingatkan kedatangan saya adalah untuk mengubah pandangan rendah orang kampung terhadap keluarga kami, kalau bukan mengingatkan kedatangan saya adalah untuk mengubah masa hadapan saya dan mengubah nasib keluarga  yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang dengan bilangan tanggungan bapa yang ramai…mungkin saya tidak akan betah bertahan dengan ujian di sini..ujian yang menguji kekuatan emosi, mental dan ketahanan hati. Ujian untuk membentuk dan menyemai sikap bertanggungjawab yang sebenarnya di dalam kehidupan…dan bukan senang untuk terus kukuh berdiri di sini.. Saya masih tercari -cari arah tujuan di sini..tidak dinafikan, saya banyak kali tersungkur. Tetapi saya kuatkan semangat untuk bangun kembali biarpun pedihnya hanya Tuhan saja yang tahu. Bekali-kali juga air mata ini mengalir keluar dek ketidaktahanan diri untuk terus berdiri.Juga seringkali saya penat dengan mainan sandiwara yang dilakonkan oleh mereka yang bernama teman. Berada di sini mengajar saya mengenai hipokrasi manusia demi menjaga kepentingan diri mereka sendiri, satu sikap yang tidak diperlukan dalam catatan hidup seorang guru sejati.Kenapa?  sebab guru yang sebenar patut ikhlas dan jujur dalam menyampaikan ilmu tanpa dihadang oleh sikap-sikap yang tidak sewajarnya wujud, dan hipokrasi itu salah satu daripadanya. Inikah sikap mereka yang bakal bergelar pendidik?..
Banyak kali juga saya merasa jauh tertinggal di belakang mereka yang bergelar cerdik. Kesilapan yang berlaku semasa proses pembelajaran ini selalunya menjatuhkan semangat saya dalam mengejar kecemerlangan. Saya selalu merasa diri ini teruk dan tidak berkeupayaan bersaing dengan mereka. Realitinya, semua pemikiran saya setakat ini lebih banyak berunsurkan negatif.  Tapi, hari ini saya mengetahui dan menyedari bahawa mengejar pointer bukan tujuan utama  yang perlu dilakukan. Apa yang penting adalah pengalaman yang berguna yang boleh saya amalkan di sekolah kelak.
Saya tahu masih banyak yang perlu saya pelajari sebelum saya menamatkan pengajian di maktab ini. Saya perlu melakukan  usaha yang lebih gigih dan melipatkaligandakannya serta lebih tekun berbanding sebelum ini. Saya bukanlah seorang yang sempurna tetapi saya berjanji kepada diri sendiri bahawa saya akan melakukan yang terbaik dan memberikan yang terbaik dalam apa jua kegiatan di sini dan saya akan berusaha meningkatkan pengetahuan saya untuk mengejar keperluan semasa. Saya juga akan memperbaiki sikap, pemikiran dan usaha saya agar saya dapat menjadi pendidik yang benar- benar dapat melahirkan seorang ‘manusia’ suatu saat nanti.
Saya tahu, masih jauh perjalanan yang harus saya lalui dan banyak cabaran yang menanti di hadapan. Saya tahu saya perlu bersabar dan kuatkan hati untuk terus bangun sekalipun saya jatuh berkali- kali dalam melangkah ke hadapan. Tapi demi keluarga di kampung yang berharap agar saya pulang membawa segulung ijazah, demi kepentingan bangsa yang  memerlukan bimbingan seorang yang bergelar guru, maka dengan itu saya akan kuatkan tekad untuk meneruskan  perjalanan ini meskipun ternyata ia mencabar kredibiliti diri saya.  
Saya percaya saya dapat membuat satu perubahan yang bakal mengubah bukan sahaja kehidupan saya dan keluarga, tetapi juga mengubah hidup orang lain. Semoga dengan itu, saya dapat berbakti kepada anak bangsa saya di Sabah. Satu perubahan besar perlu saya lakukan demi mencapai aspirasi ini. Semoga niat ini menjadi kenyataan.Amin...

Sejauh mana...

Sejauh manakah seorang wanita mengenali kecantikan yang dimiliki oleh seorang lelaki dari segi sikap, penampilan dan prinsip hidupnya? Begitu juga bagi seorang lelaki,sejauh manakah  anda tahu kegagahan sebenar yang dimiliki oleh seorang wanita?
   Seorang lelaki tidak dinilai menerusi raut wajah yang tampan dan kacak tetapi lebih kepada naluri rohani yang dimiliki. Lelaki yang cantik adalah:
    Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk sebuah ingatan
   Lelaki yang sedia menerima segala teguran
   Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
   Lelaki yang tenang dan lapang dada
   Lelaki yang baik sangka
   Lelaki yang tidak pernah berputus asa
   Lelaki yang mengawal rasa marah dan dendam di hati untuk menyelamatkan sebuah perhubungan
  Lelaki yang menyayangi isteri seperti ibunya
  Lelaki yang demi anak-anak sanggup memikul tanggungjawab sebagai suami

~ Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati~


Kegagahan wanita adalah pada kekuatan perasaan

  Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
  Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
  Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
  Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
  Perempuan yang tidak mengikut nafsu
  Perempuan yang tidak pernah merungut meskipun hatinya sering dilukai
  Perempuan yang sanggup memendam rasa sedih demi menjaga maruah suami
  Perempuan yang sentiasa tenang meskipun diuji dengan pelbagai cabaran dan masalah
  Perempuan yang sanggup berkorban nyawa dan harta demi mempertahankan maruah insan tersayang

~Kekuatan perempuan berdiri di atas keteguhan iman~

Think About It

Have you ever wondered which hurts the most?
> Saying something and wishing you hadn't it?
> Or saying nothing and wishing you had?

I guess the MOST IMPORTANT THINGS are the hardest thing to say...Don't be afraid to TELL someone you LOVE them.If you do,they might break your heart..if you don't,you might break theirs...You CAN'T tell your heart what to do.It does it on its own..when you least suspect it, or even when you don't want it to.
LIFE IS ALL ABOUT RISKS AND IT REQUIRES YOU TO JUMP.DON'T BE A PERSON WHO HAS TO LOOK BACK AND WONDER WHAT THEY WOULD HAVE DONE, OR COULD HAVE HAD.

Mari kita Berkenalan...

Rasa macam saya melalui fasa baru pula sekarang...dari budak kampung yang tidak pernah kenal apa itu ICT(walaupun pernah bacalah) secara praktikal, sekarang dah pandai main blog..=)..kemajuan kann??
Baguslah..Ok..sekarang sesi memperkenalkan diri..Saya rasa nama saya sudah diketahui (rujuk di atas tuu)..Orang Kota Marudu, suku kaum Dusun Tobilung..pandailah cakap walaupun xlancar sangat,tapi sekurang-kurangnya ada asas kan?..Pindah topik kepada bab keluarga pula..haa,yang ini 'best' sikit..saya ada 9 orang adik-beradik, mengandungi 5 adik beradik lelaki & cuma 3 orang adik beradik perempuan (termasuk saya ea)...mama &  bapa saya masih dalam lingkungan 30-an...muda kann??ngee..kenyataan memang macam tu..
siap secara ringkas..apa lagi arr..ahaa,saya beragama Kristian Seventh-Day Adventist..sekarang dalam proses menjalani latihan perguruan (jadi cikgu??)..Semester 1 baru,perjalanan  masih  jauh...haha...palan2 kau...
Ahaha.....Inilah sya...salam perkenalan...sekarang mari saya kenalkan  keluarga besar saya...
 

Bapa yang bekerja keras...

 Naa...ini bapa saya...nama penuh, Jimmy bin Bunsoloi..pelik kan?..ada bin ..tp tidak apa..bapa saya ni jenis yang kuat semangat,rajin, berfikiran jauh ke depan, gigih..ringkasnya bapa yang terbaik bagi saya.=)..semua orang pun fikir macam tu kan?...siapa tidak sayang bapa...hehe..jom, orang yang seterusnya yang penting dalam hidup saya untuk dikenalkan...

Naaa, inilah mama saya yang dikasihi...nama mama saya Rosnim Madsikoh..cewahh..sikap mama & bapa saya ada sikit persamaan dan banyak perbezaan...mama saya agak tegas sikit, 'conservative thinking' tapi penuh dengan sikap keibuan...biasalah kann..rajin dan prihatin...
alang2 cakap keluarga, lebih baik perkenalkan semua kan??..
ringkas je lah...
Justin
Abang...naa, tengok tangan tu...suka bergaya & ada pendirian tersendiri...



Frankie
Ini adik lepas saya...haa, lebih kurang lah kann..
gaya naa, manang..
 Macam ni lah bila ada adik beradik lelaki...bukan cakap tidak bagus, tapi kerja-kerja di rumah..adooo..payah sikit nak tolong...
Frankjeline
Ini adik lelaki yang nak ambil SPM tahun
ni...naa, 2X5 dengan yang diatas kan...dia ni ok
sikit,..

Lilytiah
Adik perempuan yang berada di
tingkatan 2 sekarang...(ni gambar dia masa tahun 5)..
belum ambil yang terbaru..

Jeffrina
Adik perempuan ke-2..UPSR tahun ni, harap-harap
cemerlang lah...dia ni manja sikit..hehe

Sylvester
Ahaa...yang ini baru tahun 3, tapi boleh tahan..
rajin juga dan suka melukis...ada peluang, nanti saya post lukisan dia...


Anshelmus...
Ini dia si manja yang betul-betul manja..
pandai ambil cuti sendiri bila dia rasa malas ke sekolah...
baru tahun 2..
 Seterusnya, saya dikejutkan dengan kehadiran ahli keluarga yang baru Disember lepas(2011)..paling best bila saya yang bagi nama baby tu...haha...kuasa veto seorang kakak digunakan sepenuhnya....ini dia..
Nicholas...sejarah nama?..haa, biarlah rahsia...
memang comel, saya dukung dia sejam lepas dia dilahirkan...
macam mana boleh dukung??..sebab dia dilahirkan di rumah...yang penting sihat
kann??


Puas hati?..inilah pengenalan secara ringkas tentang saya...tak kenal maka tak cinta kann??..jadi, ada baiknya kita mengenali seseorang sebelum membuat sebarang tindakan susulan..cewahh...ok..pengenalan tamat di sini...kita sambung lain kali arr...
Semoga hari-hari anda penuh dengan keceriaan...hadapi dengan senyuman..=)