Monday, 5 March 2012

Saya Sabahan (I)

Saya Sabahan (I)

Untuk mereka2 yang tanya soalan mcm ni:
~ "Sabah is not Malaysia"
~di sabah angkat ruma ka lau pindah?
~ "wei, korang dtg sini naik aper ek? korang rase.. best x Malaysia? korang still stay kat atas pokok ke? korang msh amal ptg2 kepala org & mkn org ka?"


 Ini soalan orang2 yang kalaupun ada pergi sekolah, tapi tidak baca buku. 
Bagi saya,  memang palui lah, paling senang. <Ada pelajaran, x guna otak.>
Sorry kalau kasar,tapi kalau kena  pd diri sendiri,apa kau rasa..oren??


Mari kita lihat apa sebenarnya Isi Kandungan 20 Perkara yang penting...



Isi kandungan 20 Perkara yang sangat penting adalah:-

PERKARA 1. Sabah tidak mempunyai agama rasmi walaupun Islam menjadi agama rasmi Tanah Melayu.
PERKARA 2. Walaupun Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu namun bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Inggeris tanpa ada had masanya.
PERKARA 3. Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan yang baru di mana Perlembagaan Tanah Melayu tidak boleh digunakan untuk Sabah.

PERKARA 4. Ketua Negeri di Borneo (Sabah & Sarawak) tidak seharusnya layak untuk dipilih semula sebagai Ketua Persekutuan.

PERKARA 5. Nama Persekutuan " Malaysia" tetapi tidak " Melayu Raya". 

PERKARA 6. Imigresen iaitu kawalan keluar masuk orang asing ke negeri Sabah haruslah dibawah kawalan negeri Sabah.

PERKARA 7. Hak pemisahan seharusnya tidak ada untuk menarik diri dari Persekutuan.
PERKARA 8. Pekerja-pekerja di semua jabatan haruslah diambilalih oleh orang-orang Sabah iaitu Borneonisation.

PERKARA 9.Usaha untuk menggalakkan Pegawai British untuk kekal dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang yang berkelayakan dari Borneo (Sabah & Sarawak). 

PERKARA 10. Tentang kewarganegaraan. Cadangan dalam perenggan 148 (K) Laporan Suruhanjaya Cobbold perlu mentabbir hak kerakyatan di dalam Persekutuan Borneo (sabah & Sarawak) tertakluk kepada pindaan berikut:
A) sub-perenggan (i) tidak seharusnya mengandungi proviso sebagai hingga 5 tahun kediaman
B) dalam usaha untuk mengikat undang-undang kami, sub-perenggan (ii) (a) hendaklah dibaca "7 daripada 10 tahun" dan bukannya "8 daripada 10 tahun"
C) sb-perenggan (iii) tidak seharusnya mengandungi apa-apa sekatan yang terikat dengan kewarganegaraan ibubapa- orang yang lahir di Borneo (Sabah & Sarawak) selepas Malaysia mesti menjadi warganegara persekutuan.

PERKARA 11. Pengurusan kewangan dan cukai haruslah dikawal oleh negeri Sabah.
PERKARA 12. Kedudukan bumiputera negeri Sabah haruslah sama tarafnya dengan orang Melayu di Semenanjung.
PERKARA 13. Ketua Negeri ialah Perdana Menteri.

PERKARA 14. Tempoh peralihan seharusnya 7 tahun dan dalam tempoh itu,kuasa perundangan mesti ditinggalkan dengan Negeri Borneo (Sabah & Sarawak) oleh perlembagaan dan tidak boleh semata-mata diserahkan kepada kerajaan Negeri oleh Kerajaan Persekutuan.
PERKARA 15. Sistem pendidikan di Sabah haruslah diteruskan dan di bawah kawalan kerajaan negeri Sabah.
PERKARA 16. Tiada pembaharuan dan penarikan hak Sabah tanpa persetujuan kerajaan negeri Sabah.
PERKARA 17. Wakil Negeri Sabah tidak kurang daripada wakil daripada Singapura. (Semasa Singapura masih dalam Malaysia)
PERKARA 18. Nama Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah adalah Yang DiPertua Negara.

PERKARA 19. Nama Negara ialah Sabah.
PERKARA 20. Tanah dan hutan negeri Sabah haruslah dikawal oleh kerajaan negeri Sabah.

Bayangkan kalau kita jenis yang agresif, apa yang akan berlaku?...adakah kemungkinan  akan tercetusnya perang dalaman?? bahaya sikit provokasi mcm ni..ok.
* Kita bernegeri, berkerajaan... Kita miskin walau hakikatnya kita kaya..kita perlu sedar dari 'tidur'..dan BERUBAH..Itu yang paling penting. Semoga sampai waktunya kita berdiri sama tinggi & duduk sama rendah dengan yang lain.

No comments:

Post a Comment