Friday, 19 October 2012

Saya Sabahan (II)

Saya Sabahan (II)

Saya ni mcm ni lah...entry pasal Sabahan mungkin  lain sikit,tapi sebagai tanda perkenalan & memperkenalkan  identiti saya..hehe..

Mari kita berkenalan dulu dengan perkataan-perkataan yang jadi kebiasaan (supaya kalau korang tengok post di facebook bolehlah faham maksud,kann.)


  •  Aisbuk- peti sejuk
  • Akun- menyerah/setuju/mengaku
  • Ampai/taruk- letak
  • Ampai-ampai- pengsan/tidak sedar
  • Ampus - lelah/asma
  • Bertagar- berkarat
  • Bida- buruk
  • Bikin- buat
  • Bilang- cakap/berkata [cth: Siapa bilang?= Siapa cakap?]
  • Biut- Senget/tidak lurus
  • Bos- Panggilan [cth: 'Hello bos'= 'Hello kawan/encik/saudara']
  • Bubut- kejar
  • Budu - bodoh
  • Buyuk - Tipu (bermain secara menipu)
  • Kedapatan- diketahui orang (perbuatan/kelakuan)
  • Kemarin- semalam
  • Limpang- baring
  • limpas- lepas (masa), lalu/lintas (seberang),tumpang lalu
  • lugai-lugai- tidak tentu arah
  • Mengkali- barangkali
  • Miring - senget
  • endak/indak/nda-tidak
  • Ngam - sesuai/muat
  • Ngam-ngam - cukup-cukup, kebetulan
  • Simpan- letak [cth: 'ambil barang tu simpan sini' = 'ambil barang tu letak di sini']
  • Siuk- syok/best
  • Tingu - lihat/tengok
  • Uina- digunakan apabila marah pada seseorang [cth: uina,apa ko buat ni!]
  • Senduk - sudu

Naa..pandai sudah?..haha..baguslah.Mari sambung lagi dengan penggunaan '-bah'..Kalau Sabahan mesti tau perkataan istimewa ni..yang lain dipersilakan untuk belajar.

1) Kata Penyudah (menguatkan ekspresi kata)
    Iya bah/yala bah- Iya lah

2) Kata Permulaan
    'Bah,pigilah kamu duluan' - Pergilah kamu dahulu

3) Bermaksud 'sudah'/ Penamat kata. Dalam BM standard bermaksud 'baiklah' atau 'begitulah'
    Bah - baiklah
    Bah2 - Iya2/ok2 (penegasan)

4) Digunakan apabila menegur/menyapa (terutama apabila berselisih dengan orang yang dikenali)
  " Kau belajar di  Sarawak bah,kan?"
  " Bah,apa khabar kau sekarang?"
  "bah,jumpa lagi"

PENYALAHGUNAAN '-BAH'

Ini selalu terjadi  pada mereka yang salah erti perkataan ni/bukan  masyarakat Sabah/hentam keromo guna -bah...

1. " Apa khabar bah?" - (kononnya mau bertanya khabar. Ini tidak betul). 
        "Bah,apa khabar?" - (Baru betul)
2. "Sudah makan ka bah?" - (Pelik...)
       "Bah,sudah kau/ko makan?" - (Baru betul)
3. "Bila balik bah?" (Ini salah)
      "bah,bila kau/ko balik ni?" (Baru betul)

Jadi kalau guna Bahasa Melayu Sabah tu biar betul. Bila salah tiada masalah asal tujuan mahu belajar dan niat baik.Kalau niat buruk tu memanglah sangat-sangat tidak bagus. 




@COPYPASTE&EDITSIKIT@  






No comments:

Post a Comment