Tak pasti apa rasa ini masih padamu
sedang dulu kau telah memberi jarak
memberitahu,
antara kita batasnya adalah 'S.A.H.A.B.A.T.'
tak lebih...
Namun ku terjatuh jua..
payahnya menjaga rasa
kerana kau sentiasa di sisi
Lantas kau mengundur
tika pautan itu
semakin kejap & kukuh
akhirnya aku keseorangan\menghitung waktu yang mendatang
Aku tak tahu
arah hidup ini yang seterusnya
namun aku percaya
ada sinar di hujung jalan
pergilah..jika itu mahumu
kerana..
engkau penentu arah tujumu
sedangkan
aku tetap aku
Hidup ini akan kuteruskan
walau tanpa kau
di sisi...
No comments:
Post a Comment