Sejauh manakah seorang wanita mengenali kecantikan yang dimiliki oleh seorang lelaki dari segi sikap, penampilan dan prinsip hidupnya? Begitu juga bagi seorang lelaki,sejauh manakah anda tahu kegagahan sebenar yang dimiliki oleh seorang wanita?
Seorang lelaki tidak dinilai menerusi raut wajah yang tampan dan kacak tetapi lebih kepada naluri rohani yang dimiliki. Lelaki yang cantik adalah:
Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk sebuah ingatan
Lelaki yang sedia menerima segala teguran
Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
Lelaki yang tenang dan lapang dada
Lelaki yang baik sangka
Lelaki yang tidak pernah berputus asa
Lelaki yang mengawal rasa marah dan dendam di hati untuk menyelamatkan sebuah perhubungan
Lelaki yang menyayangi isteri seperti ibunya
Lelaki yang demi anak-anak sanggup memikul tanggungjawab sebagai suami
~ Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati~
Kegagahan wanita adalah pada kekuatan perasaan
Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
Perempuan yang tidak mengikut nafsu
Perempuan yang tidak pernah merungut meskipun hatinya sering dilukai
Perempuan yang sanggup memendam rasa sedih demi menjaga maruah suami
Perempuan yang sentiasa tenang meskipun diuji dengan pelbagai cabaran dan masalah
Perempuan yang sanggup berkorban nyawa dan harta demi mempertahankan maruah insan tersayang
~Kekuatan perempuan berdiri di atas keteguhan iman~
No comments:
Post a Comment